ⓘ Shah Alam. Bandar Raya Shah Alam ialah Ibu negeri bagi Negeri Selangor Darul Ehsan, Malaysia. Mendapat pengiktirafan dan dirasmikan menjadi Bandaraya pada tahun ..

Universiti Sultan Azlan Shah

Kampus Universiti Sultan Azlan Shah Inggeris: Sultan Azlan Shah University terletak di Bukit Chandan, Bandar Diraja Kuala Kangsar, Perak Darul Ridzuan. Lokasi yang strategik dan berprestij, serta program pengajian yang pelbagai menjadi pilihan mahasiswa untuk menyambung pengajian di Universiti ini.

Liga Lembah Klang M4 2019

Liga Lembah Klang M4 2019 atau Klang Valley League M4 2019 adalah edisi kedua Liga Lembah Klang M4 yang merupakah salah sebuah liga divisyen 4 di dalam piramid Liga Bolasepak Malaysia yang berdaftar di bawah Amateur Football League, sebuah anak syarikat Malaysia Football League. Liga ini merupakan sebahagian daripada Liga M4 Malaysia.

Kota Anggerik (kawasan negeri)

N40 Kota Anggerik adalah kawasan pilihan raya bagi Dewan Negeri Selangor. DUN ini berada di bawah parlimen Shah Alam. Penyandang DUN ini ialah Yang Berhormat Najwan Halimi dari PH-PKR.

Halimi bin Sharbaini

En. Halimi bin Haji Sharbaini merupakan pengetua yang pertama berkhidmat di sekolah Alam Shah dan nama Halimi diabadikan di sekolah ini dengan menamakan salah sebuah rumah, iaitu rumah B sebagai rumah Halimi.

Sultan Haji Muhammad II Muazzam Shah ibni al-Marhum Sultan Haji Zainal Abidin III Mu’azzam Shah

Sultan Haji Muhammad II Muazzam Shah ibni al-Marhum Sultan Haji Zainal Abidin III Mu’azzam Shah ialah Sultan Terengganu yang ke-13. Baginda memerintah dari tahun 1918 hingga tahun 1920. Baginda ditabalkan selepas kemangkatan ayahandanya, Sultan Zainal Abidin III. Baginda ialah putera sulung Sultan Haji Zainal Abidin III Mu’azzam Shah dengan Che Istana Hajjah Kelsom binti Daud. Baginda diputerakan pada tahun 1992/1309H/1889M dan dikurniakan gelaran Tengku Kecik Muda pada usia kanak-kanak. Baginda ditabalkan sebagai Yang Dipertuan Muda pada 1996 menggantikan nenda saudara baginda, iaitu Teng ...

Kejohanan Futsal AFF 2014

Kejohanan Futsal AFF 2014 merupakan edisi ke-11 Kejohanan Futsal AFF yang akan diadakan di Shah Alam, Malaysia dari 19 September hingga 27 September 2014.

1928 di Malaya

Rencana ini menyenaraikan tokoh dan peristiwa penting dalam hal ehwal awam British Malaya pada tahun 1928, bersama-sama dengan kelahiran dan kematian orang-orang Melayu yang terkenal.

1927 di Malaya

Rencana ini menyenaraikan tokoh dan peristiwa penting dalam hal ehwal awam British Malaya pada tahun 1927, bersama-sama dengan kelahiran dan kematian orang-orang Melayu yang terkenal.

1929 di Malaya

Rencana ini menyenaraikan tokoh dan peristiwa penting dalam hal ehwal awam British Malaya pada tahun 1929, bersama-sama dengan kelahiran dan kematian orang-orang Melayu yang terkenal.

Batu Tiga (kawasan negeri)

Batu Tiga ialah kawasan pilihan raya bagi Dewan Negeri Selangor. Kerusi ini berada di bawah parlimen Shah Alam. Penyandang kerusi ini ialah Yang Berhormat Rodziah Ismail dari PH-PKR. Beliau adalah ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor EXCO memegang portfolio Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Usahawan, Pembangunan Luar Bandar, Desa dan Kampung Tradisi.

Taman bunga negara seksyen 27

Taman Bunga Negara terletak di seksyen 27 Shah Alam. Taman Bunga Negara dibangunkan pada 1990-an oleh pihak kerajaan atas dasar perindustrian. Petempatan di sini juga dibangunkan oleh Majlis Bandaraya Shah Alam. Pada tahun 2000,Taman Bunga Negara dibangunkan dengan giat dan mula membina pelbagai infrastruktur. Mengikut analisis,terdapat 7000 penduduk yang menetap di Taman Bunga Negara. Pada tahun 2016,sistem rel bersepadu LRT telah dibina bagi memudahkan penduduk. Terdapat pelbagai sekolah di Taman Bunga Negara. Taman Bunga Negara terkenal dengan kegiatan perindustrian yang pesat iaitu kil ...

Kesultanan Kedah Pasai Ma

Kesultanan Kedah Pasai Ma merupakan sebuah kerajaan Melayu Siam Islam yang diasaskan oleh Sultan Mudzafar Shah I pada tahun 650 Masihi di Sungai Mas yang terletak di kaki Gunung Jerai. Baginda telah menyatukan kawasan-kawasan di sekitarnya dengan menamakannya Nakhun Kedah Pasai Ma.

Memori Berkasih

"Memori Berkasih" ialah lagu yang dirakamkan dan dipersembahkan oleh duo Achik & Nana. Lagu ini ialah hasil nukilan Patrick Kamis dan menjadi kejayaan komersial sekaligus memperkenalkan nama Achik Spin dan Siti Nordiana kepada perhatian umum.

Hantu Bonceng 2.0

Hantu Bonceng 2.0 ialah sebuah filem aksi komedi Malaysia 2021 arahan Yusry Abd Halim dengan skrip ditulis oleh Amin Abdul Nasir dan Sulaiman Shakib. Kesinambungan dari filem Hantu Bonceng arahan Ahmad Idham, ia dibintangi oleh Zizan Razak dan Taiyuddin Bakar yang kembali menjayakan watak masing-masing. Filem ini ditayangkan pada 11 Februari 2021 di Astro First.

Senarai lapangan terbang mengikut kod ICAO: W

Format penyertaan adalah: ICAO IATA - Nama Lapangan Terbang - Lokasi Lapangan Terbang Nota: isi Laman ini memuat senarai Lapangan Terbang yang wujud di Brunei, Indonesia, Malaysia, Singapura dan Timor Leste.

Temasya Aidilfitri

Temasya Aidilfitri adalah sebuah rancangan hiburan khas Hari Raya Aidilfitri yang diterbitkan oleh Radio Televisyen Malaysia yang membariskan persembahan lagu-lagu raya dan sketsa secara tahunan untuk hiburan seisi keluarga. Rancangan ini mengumpulkan ramai artis dan bersiaran secara langsung pada malam hari raya pertama. Turut ditampilkan dalam rancangan ini adalah persembahan perdana di kaca televisyen mana-mana artis rakaman dengan lagu baharu masing-masing. Sejak era 70an, rancangan konsert khas Aidilfitri mula bersiaran di kaca TV RTM secara rakaman dan semakin rancak menjelang 1990. ...

                                     

ⓘ Shah Alam

Bandar Raya Shah Alam ialah Ibu negeri bagi Negeri Selangor Darul Ehsan, Malaysia. Mendapat pengiktirafan dan dirasmikan menjadi Bandaraya pada tahun 2000. Shah Alam juga merupakan Bandaraya yang hampir dengan bandaraya Kuala Lumpur, hanya dipisahkan oleh Petaling Jaya iaitu sekitar 27 kilometer jaraknya. Jumlah penduduknya adalah 646 890 orang dan dijangka meningkat menjadi 700 000 orang pada 2014 setelah siapnya beberapa projek perumahan dan sub-bandar di sekitar Shah Alam. Bunga rasminya ialah bunga Anggerik Renantanda Shah Alam dan burung rasminya pula ialah burung undan. Secara rasmi Bandar raya ini digelar dengan gelaran Bandar Raya Anggerik. Pada suatu masa dahulu, Shah Alam pernah terkenal dengan jolokan Bandar Perindustrian kerana tertubuhnya kawasan-kawasan perindustrian yang menempatkan sejumlah kilang multinasional sekaligus banyak menyediakan peluang pekerjaan dan ekonomi hingga mempercepatkan pertambahan bilangan penduduk dan kepesatannya.

                                     

1. Sejarah awal

Shah Alam pada asalnya dikenali sebagai Batu 3/Sungei Renggam, terletak di dalam dua daerah iaitu Petaling dan Klang, pada suatu ketika dahulu adalah sebuah ladang kelapa sawit dan dikenali sebagai Sungai Renggam. Sungai Renggam dan Batu Tiga mula berkembang setelah British membina laluan kereta api dari Port Swettenham Pelabuhan Klang ke Bukit Kuda di Klang dan menghubungkannya dengan Kuala Lumpur pada tahun 1886.

Kedudukan Sungai Renggam adalah strategik kerana terletak di antara Petaling Jaya dan Bandar Diraja Klang serta dihubungkan melalui satu-satunya lebuh raya pada ketika itu iaitu Lebuhraya Persekutuan dan lokasinya yang berhampiran dengan laluan-laluan utama seperti Lebuhraya Persekutuan dan Jalan Klang Lama. Pembangunannya dilakukan di atas nasihat V. Antolic, Penasihat Perancangan Bandar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Shah Alam yang pada ketika itu hanyalah ladang kelapa sawit dan hutan mula dibuka pada tahun 1963 bagi dimajukan untuk dijadikan pusat pentadbiran kerajaan Selangor yang baru bagi menggantikan Kuala Lumpur. Kuala Lumpur menjadi Wilayah Persekutuan secara rasmi pada tanggal 1 Februari 1974, yang kemudian tarikh 1 Februari disambut setiap tahun sebagai Hari Penubuhan Wilayah Persekutuan. Kebanyakan jabatan-jabatan kerajaan negeri Selangor yang sebelumnya berpusat di Bangunan Sultan Abdul Samad, Kuala Lumpur mula berpindah ke Shah Alam, terutamanya setelah siapnya Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah. Pada 7 Disember 1978, atas perkenan DYMM Sultan Selangor ketika itu iaitu Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj Shah Alam diisytiharkan sebagai ibu negeri Selangor yang baharu. Malah nama Shah Alam sendiri dipilih atas perkenan baginda.

Shah Alam pada mulanya diletakkan di bawah pentadbiran Shah Alam Town Board, sebuah agensi di bawah naungan PKNS. Setelah diisytiharkan menjadi ibu negeri, Shah Alam Town Board diserap menjadi Majlis Perbandaran Shah Alam dengan keluasan pentadbiranya pada ketika itu hanyalah 41.69 km persegi. Shah Alam mula berkembang dan mengalami beberapa siri perluasan kawasan sehinggalah yang terakhir berlaku pada 1 Januari 1997 Melalui Pelan Warta 1190 yang menjadikan keluasannya bertambah menjadi 290.3 km persegi meliputi sehingga ke sebahagian Sungai Buloh. Ia dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri bagi menyusun semula persempadanan Majlis Daerah Petaling yang pada ketika itu akan dinaiktaraf menjadi Majlis Perbandaran Subang Jaya MPSJ. Bahagian zon selatan iaitu bermula dari Seksyen 26 hingga 28 yang berada dalam daerah Petaling serta dari Seksyen 25, 29 hingga 36 Pelan Warta 1994 yang merupakan bahagian dalam daerah Klang diambil alih dari Majlis Perbandaran Klang manakala Kampung Bukit Lanchong dan Subang Hi-Tech Industrial Park beserta sebahagian Batu Tiga diserah kepada MPSJ.

                                     

2. Perluasan Kawasan

Majlis Bandaraya Shah Alam MBSA melaui beberapa pelan pembangunan bagi perluasan kawasan seperti berikut:

  • Pelan Warta 1994: mewartakan beberapa kawasan sekitar yang menggunakan dan tidak menggunakan poskod Shah Alam kedalam seliaan MPSA termasuk sebahagian kecil daerah Klang, membabitkan kawasasan seluas 261.7 km persegi Seksyen 1 - 24, 29 - 36 dan U1 - U16.
  • Pelan Perluasan 1984: membabitkan kawasasan seluas 53.3 km persegi Seksyen 1 - 24 - pembesaran Seksyen 17 - 24. Tidak tersenarai dalam Pelan: Seksyen 25 MPK dan Seksyen 26 - 28 MDP.
  • Pelan Perancangan Pembangunan 1963: membabitkan kawasasan seluas 19.68 km persegi Sungai Renggam Estate menjadi Seksyen 1 -16.
  • Pelan Struktur 1979: membabitkan kawasasan seluas 41.69 km persegi - pembangunan infrastruktur besar-besaran dan menyeluruh melibatkan perancangan untuk pembinaan Masjid Negeri, Taman Tasik. Pembinaan lebih banyak perumahan dan perluasan kawasan perindustrian Seksyen 1- 16 dan Seksyen 17 -24.
  • Pelan Warta 1190, 1997: menyusun semula persempadanan PBT melibatkan pertukaran kawasan Subang Jaya dari MPPJ ke MDP dalam daerah Petaling. Perluasan kawasan MPSA di utara dari MDP dan di selatan Shah Alam dari MPK. Pentadbiran oleh MPSA dari 1997 hingga kini membabitkan kawasasan seluas 290.3 km persegi Seksyen 1 -28, 29 -36 dan U1 - U20.
                                     

3. Pengisytiharan Sebagai Bandaraya Shah Alam

Kepesatan pembangunan Shah Alam telah membawa kepada kenaikan taraf daripada Perbandaran kepada Bandaraya meskipun baru hanya 21 tahun dibuka. Pada 10 Oktober 2000, Shah Alam mencatakan sejarah setelah diisytiharkan secara rasmi sebagai Bandaraya dan Majlis Perbandaran Shah Alam bermula dari saat itu dikenali sebagai Majlis Bandaraya Shah Alam. Upacara gilang-gemilang dengan mengekalkan adat istiadat Melayu dilangsungkan penuh kemeriahan di Dataran Shah Alam. Y. Bhg. Dato Haji Abu Sujak Haji Mahmud dilantik sebagai Datuk Bandar yang pertama.

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan bersetuju dengan permohonan Kerajaan Negeri Selangor untuk menaikkan taraf Shah Alam sebagai sebuah Bandaraya setelah Bandar ini memenuhi kriteria – kriteria yang ditetapkan iaitu:

  • Jumlah pendapatan tahunan melebihi RM 100 juta.​
  • Menjadi pusat pentadbiran, perniagaan dan perdagangan.
  • Bandar ibu negeri.
  • Mempunyai jumlah penduduk melebihi 400.000 orang.


                                     

4. Susunan dan struktur

Shah Alam mempunyai susunan dan struktur bandar yang serupa dengan Petaling Jaya atau Subang Jaya dengan kawasan perumahan memenuhi kebanyakan kawasan bandar raya 55.2 km² dan pusat-pusat komersial bertebaran di sekitar seksyen yang berbeza. Shah Alam mempunyai sejumlah 56 seksyen. Umumnya Shah Alam boleh dibahagikan kepada utara, tengah, selatan dan sebahagian Sungai Buloh. Shah Alam utara terdiri dari 18 Seksyen termasuklah Seksyen U1, U2, Kampung Melayu Subang dan banyak lagi. Ia mengandungi kawasan coklat di sisi sebelah peta. Shah Alam Tengah adalah bahagian utama di Shah Alam. Ia mengandungi Seksyen 1 sehingga Seksyen 24 yang dilihat dalam peta sebagai warna kuning. Dalam kawasan inilah di mana semua bangunan pentadbiran dan agensi terletak terutamanya di Seksyen 14 Pusat Bandar Shah Alam dan Seksyen 5 Pusat pentadbiran kerajaan negeri. Bagaimanapun pembangunan yang dirancang khas untuk sekitar Seksyen 14 masih belum siap dan sedang rancak berjalan, ia dilaksanakan mengikut pelan pembangunan yang dirancang pada tahun 1996 oleh PKNS dan MBSA. Shah Alam selatan pula mengandungi 12 Seksyen termasuklah Seksyen 25Sri Muda, Seksyen 30 Jalan Kebun, Seksyen 31 Kota Kemuning dan Seksyen 32 Bukit Rimau. Di kawasan ini juga ditempatkan beberapa buah kawasan perindustrian yang utama di Shah Alam terutamanya di Seksyen 26 yang menempatkan kilang milik Proton. Di dalam peta, Shah Alam selatan dilihat pada kawasan yang ditandai ungu muda.

Bandar raya ini mempunyai sebilangan pusat membeli belah Plaza Alam Sentral, juga dikenali sebagai PAS, SACC Mall, Plaza Shah Alam dulu dikenali sebagai Shah Alam Mall,juga dikenali sebagai Plaza Masalam, Ole-Ole Seksyen 18, Anggerik Mall, Kompleks PKNS dan AEON Mall Shah AlamJusco yang baru sahaja dibuka pada awal tahun 2016 di seksyen 13) dan ia mempunyai banyak sekolah, kedai, bank, kedai makan, kafe, hotel, pusat perbuatan, klinik, pasar raya besar terutamanya AEON Big seksyen 23, Giant dan Tesco Extra)Seksyen 13 dan kawasan rekreasi. Kebanyakan kawasan komersial yang terang terletak di pusat bandar raya terutamanya Seksyen 14, Seksyen 13 dan Seksyen 9.

Semua jalan utama di Shah Alam termasuklah kota perbandaran baru seperti Setia Alam dan Kota Kemuning mempunyai tanda-tanda jalan dalam tulisan Rumi dan tulisan Jawi.

                                     

5. Pengangkutan

Shah Alam mempunyai sistem jalan raya dan pengangkutan yang terancang dan teratur. Shah Alam dihubungkan dengan lebuh raya-lebuh raya utama di Lembah Klang seperti Lebuhraya Lembah Klang Utara NKVE, Lebuhraya Persekutuan, Lebuhraya ELITE dan Lebuhraya Shah Alam KESAS.

Shah Alam dihubungkan dengan sistem rel keterapi melalui sistem KTM Komuter. Terdapat tiga stesen Komuter di Shah Alam, iaitu stesen Batu Tiga, Shah Alam stesen utama, terletak di Seksyen 19 dan Padang Jawa. Sistem ini menghubungkan Shah Alam dengan hub pengangkutan utama di stesen KL Sentral di Kuala Lumpur.

Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur KLIA terletak 40 km di selatan Shah Alam dan boleh dihubungi dengan melalui Lebuhraya ELITE. Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah di Subang juga terletak berdekatan dengan Shah Alam. Pelabuhan utama Malaysia, Pelabuhan Klang juga dihubungkan dengan Shah Alam melalui Lebuhraya Persekutuan dan jalan keretapi.

Terdapat banyak perhentian bas dan teksi yang terletak di jalan-jalan utama di bandaraya Shah Alam. Perkhidmatan bas dikendalikan oleh syarikat RapidKL dan beroperasi di kawasan-kawasan di seluruh Lembah Klang. Shah Alam juga mempunyai teksi yang beridentitikan imej bandaraya itu sendiri, iaitu teksi Perodua Kenari yang berwarna biru. Perhentian bas yang utama ialah di Kompleks PKNS dan di Seksyen 17.

Walaupun Shah Alam mempunyai sistem pengangkutan yang bagus, perkhidmatan Teksi dan kereta sewa juga masih menjadi pilihan terutama bagi mereka yang tinggal atau pelajar-pelajar universiti awam di Shah Alam seperti Universiti Teknologi Mara dan lain-lain. Perkhidmatan Teksi akan terus menjadi pilihan berdasarkan kepada keadaan semasa.

                                     

6.1. Kesihatan Klinik

Shah Alam mempunyai banyak klinik swasta yang menyediakan perkhidmatan kesihatan yang boleh didapati hampir di setiap bahagian. Klinik-klinik ini kebanyakkannya terletak berdekatan dengan kawasan tempat tinggal penduduk. Klinik kesihatan kerajaan terletak di Seksyen 7 dan dikenali sebagai Poliklinik Komuniti Shah Alam Shah Alam Community Polyclinic.



                                     

6.2. Kesihatan Hospital

Hospital kerajaan Shah Alam ini terletak berhampiran dengan klinik kerajaan di Seksyen 7. Pembinaan hospital kerajaan ini siap pada tahun 2016 dan mampu menyediakan perkhidmatan kesihatan untuk 300 katil pada satu-satu masa.

Selain itu, terdapat beberapa hospital swasta di Shah Alam. Pada masa kini, kebanyakkan penduduk Shah Alam mendapatkan rawatan kesihatan di hospital swasta sementara menunggu siapnya hospital kerajaan di Shah Alam. Antara hospital swasta yang terdapat di Shah Alam:

  • Hospital Shah Alam
  • Columbia Asia Medical Centre
  • KPJ Selangor Specialist Hospital juga dikenali sebagai Pusat Perubatan Selangor
  • Salam Medical Centre Shah Alam Specialist Hospital
  • Avisena Specialist Hospital dahulu dikenali sebagai Darul Ehsan Medical Centre DEMC)
                                     

7. Seksyen-seksyen di Shah Alam

Setiap seksyen di Shah Alam mempunyai tema dalam penamaan nama bagi jalan-jalan yang terdapat di seksyen tersebut. Berikut adalah senarai seksyen-seksyen dan tema masing-masing.

  • Seksyen U5 Bandar Pinggiran Subang, Subang MahSing - alam semesta
  • Seksyen 12 - salasiah pentadbiran kerajaan Melayu dahulu
  • Seksyen U18
  • Seksyen 14 Pusat Bandaraya - bidang-bidang korporat
  • Seksyen 21 tanah perkuburan - perkuburan
  • Seksyen 31 Kota Kemuning - bunga anggerik sebagai Bunga Rasmi Shah Alam
  • Seksyen U8 Bukit Jelutong - bahagian-bahagian dalam rumah
  • Seksyen U10 Alam Budiman - pulau-pulau yang terdapat di negeri Selangor
  • Seksyen 25 Taman Sri Muda - nilai-nilai murni
  • Seksyen 27 dan 28 Taman Alam Megah - nama tempat-tempat di sekitar Banting dan Gombak
  • Seksyen 8 - bentuk muka bumi
  • Seksyen 34 - jenis bahagian dalam kereta
  • Seksyen 18 - tumbuhan di kawasan pantai
  • Seksyen U11 Bukit Bandaraya - gunung-gunung yang terdapat di Selangor
  • Seksyen 36 - jenis Kuih
  • Seksyen U15
  • Seksyen U13 Setia Alam - setia
  • Seksyen 26 - daerah dan nama tempat di Selangor
  • Seksyen 7 - jenis permata dan galian dan Universiti Selangor pendidikan
  • Seksyen U4
  • Seksyen U2 Taman TTDI Jaya - kesussasteraan
  • Seksyen 17 - jenis ikan
  • Seksyen U16 Taman Bukit Subang - bunga
  • Seksyen 29 dan 30 Jalan Kebun -
  • Seksyen U20
  • Seksyen 20 - jenis haiwan
  • Seksyen 5 pusat pentadbiran - pentadbiran
  • Seksyen U3
  • Seksyen U17
  • Seksyen 11 - kebudayaan dan kesenian
  • Seksyen 19 - jenis pekerjaan di kawasan pantai
  • Seksyen 3 - jenis pokok
  • Seksyen 35 Alam Impian - seni dan budaya
  • Seksyen 10 - jenis pakaian
  • Seksyen 22 - perusahaan, perumahan
  • Seksyen U7 TUDM
  • Seksyen U9 Sunway Kayangan - warna
  • Seksyen 4 - jenis buah-buahan
  • Seksyen 33 - jenis alatan muzik
  • Seksyen 24 - jenis sayur-sayuran
  • Seksyen 15 - alatan tangan
  • Seksyen U6 Subang - jenis pokok
  • Seksyen U19
  • Seksyen U1 Glenmarie - kerjaya
  • Seksyen 16 - perlombongan bijih timah
  • Seksyen 9 - Kesultanan Melayu Selangor
  • Seksyen 1 Universiti Teknologi Mara - pendidikan
  • Seksyen 6 - jenis burung
  • Seksyen 2 - jenis bunga
  • Seksyen 13 - sukan
  • Seksyen U14
  • Seksyen 23 - perusahaan
  • Seksyen U12 Desa Alam dan Cahaya Alam - ulam-ulaman
  • Seksyen 32 Bukit Rimau - sungai-sungai yang terdapat di Selangor

Semua jalan di bandar raya ini mempunyai papan tanda dengan nama jalan terpapar dalam Bahasa Melayu dengan kedua-dua aksara tulisan Rumi dan Jawi.



                                     

8. Pusat Pendidikan

Universiti Teknologi MARA UiTM, dahulunya dikenali sebagai Institut Teknologi MARA atau ITM sehingga pada tahun 1996 yang terletak dekat dengan pusat Bandar Shah Alam. Keseluruhan kawasan universiti merangkumi keseluruhan seksyen yang terletak di barat bukit bandaraya yang dikenali sebagai Seksyen 1. Di Seksyen 17 pula, terdapat satu cawangan kampus UiTM yang dikenali sebagai Pusat Pengajian Kebangsaan INTEC, Malaysia, dimana pelajarnya perlu menempuhi program persediaan bagi melanjutkan pelajaran ke luar negara. INTEC UiTM adalah satu-satu kampus UiTM yang menerima pengambilan pelajar bukan bumiputra.

Selain itu, terdapat juga beberapa institusi pengajian tinggi yang lain di Shah Alam termasuklah kampus kota Universiti Selangor universiti milik penuh Kerajaan Negeri Selangor yang terletak di Seksyen 7, Management and Science University MSU, dan kolej kerjasamanya, Kolej PTPL. Shah Alam juga mempunyai beberapa pusat pengajian yang berkaitan dengan industri yang dikenali sebagai Politeknik Shah Alam atau Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, CIAST, and ADTEC.

Di Shah Alam disediakan pelbagai jenis sekolah rendah dan menengah. Adakalanya, ianya melebihi populasi daripada penduduk setempat. Sebagai contoh, berdasarkan senarai dibawah, di Taman Alam Megah, Taman Bunga Negara and Taman Bukit Saga yang berada di Seksyen 27 dan Seksyen 28, terdapat tiga buah sekolah menengah dan tujuh buah sekolah rendah. Manakala, di Seksyen 16 dan 17, sekolah menengah yang ada hanyalah SMK Seksyen 16. Pada masa kini, Shah Alam sudah mempunyai 19 buah sekolah menengah, 1 buah sekolah teknik, 1 buah sekolah vokasional. Dibawah adalah senarai sekolah-sekolah yang ada di Shah Alam.

                                     

8.1. Pusat Pendidikan Sekolah Menengah

  • Sekolah Seri Cahaya
  • SMK TTDI Jaya
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Subang
  • SM Ibn Khaldun jalan kebun
  • SMK Subang Bestari
  • SMK Seksyen 9
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Sri Muda, Seksyen 25
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 24 2
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Kota Kemuning
  • SMK Shah Alam
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 27
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 16
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Alam Megah
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 24
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Seksyen 2
  • Madrasah Tahfiz Al-Furqan
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 11
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Alam Megah 2
  • SM Hira
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 7
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Jelutong
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 18
  • SMK Alam Megah 3
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 19
  • SMI Zadut Taqwa

SEKOLAH AGAMA MENENGAH SABK SAM

  • Sekolah Agama Menengah Tinggi Tengku Ampuan Jemaah SAMTTAJ

SEKOLAH TEKNIK

  • SM Teknik Shah Alam

SEKOLAH VOKASIONAL

  • SM Pendidikan Khas Vokasional

SEKOLAH RENDAH

  • Sekolah Kebangsaan Seksyen 7
  • Sekolah Kebangsaan Seksyen 19
  • Sekolah Kebangsaan Alam Megah 3
  • Sekolah Rendah Ibn Khaldun jalan kebun
  • Sekolah Rendah Kebangsaan Taman Bukit Subang
  • Sekolah Rendah Kebangsaan Lembah Subang
  • Sekolah Kebangsaan Raja Muda
  • Sekolah Kebangsaan Bukit Rimau
  • Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil HICOM
  • Sekolah Kebangsaan Seksyen 6 2 / Sekolah Kebangsaan Bandar Anggerik
  • Sekolah Kebangsaan Seksyen 20
  • Sekolah Rendah Hira
  • Sekolah Kebangsaan Puncak Perdanaseksyen U10
  • Sekolah Kebangsaan Bukit Kemuning 2
  • Sekolah Kebangsaan Seksyen 27 1
  • Sekolah Kebangsaan TTDI Jaya
  • Sekolah Rendah Integrasi Al Furqan
  • Sekolah Kebangsaan Seksyen 18
  • Sekolah Pendidikan Khas, Seksyen 17
  • Sekolah Kebangsaan Seksyen 6 1
  • Sekolah Integrasi As-Syakirin
  • Sekolah Kebangsaan Bukit Jelutong
  • Sekolah Kebangsaan Seksyen 27 2
  • Sekolah Kebangsaan HICOM
  • Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Seksyen 7
  • Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Glenmarie, Seksyen U1
  • Sekolah Kebangsaan Seksyen 24
  • Sekolah Kebangsaan Alam Megah Dua
  • Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Sungai Renggam
  • Sekolah Kebangsaan Taman Alam Megah
  • Sekolah Kebangsaan Seksyen 16
  • Sekolah Kebangsaan Seksyen 13
  • Sekolah Kebangsaan Subang
  • Sekolah Rendah Kebangsaan Jalan u3
  • Sekolah Kebangsaan Padang Jawa
  • Sekolah Rendah Kebangsaan Subang Bestari
  • Sekolah Kebangsaan Taman Sri Muda 1
  • Sekolah Kebangsaan Seksyen 9
  • Sekolah Seri Cahaya
  • Sekolah Kebangsaan Seksyen 17
  • Sekolah Kebangsaan Taman Sri Muda 2
  • Sekolah Kebangsaan Bukit Kemuning

SEKOLAH RENDAH AGAMA

  • Sekolah Rendah Islam Qurratul Ain
  • Sekolah Rendah Agama Intergasi Dato Mufti Yusof Sahabuddin
  • Sekolah Rendah Agama Al-Falah, Taman Sri Muda
  • Sekolah Rendah Agama Bukit Jelutong
  • Sekolah Rendah Agama Islam Kg.Subang
  • Sekolah Rendah Agama Integrasi Seksyen 19
  • Sekolah Rendah Agama Proton
  • Sekolah Rendah Agama TTDI Jaya
  • Sekolah Rendah Agama Seksyen 3
  • Sekolah Rendah Agama Al-Munawwarah

Tingkatan 6

  • Kolej Tingkatan Enam Shah Alam


                                     

9. Ekonomi

Kilang utama PROTON, pembuat kereta nasional, terletak di Shah Alam. Banyak syarikat lain, tempatan dan luar negara, yang juga menempatkan kilang utama mereka di kawasan perindustrian Shah Alam. Kewujudan kawasan-kawasan perindustrian di Shah Alam telah memajukan ekonomi bandaraya ini dan menjadikannya sebuah bandaraya perindustrian yang penting di Malaysia. Antaranya ialah Karangkraf, dan Toyota. Kilang Gardenia juga berada di Seksyen 23,Shah Alam. Di Shah Alam ada Butik Ibu dan Bayi yang terkenal iaitu Butik The Baby Store yang terdapat di Seksyen 22.

                                     

10. Pautan luar

  • Laman web rasmi Majlis Bandaraya Shah Alam
  • Koleksi Kereta Sewa di Shah Alam
  • Koleksi peta-peta berkaitan dengan Shah Alam
  • Kedai Baby Shop Terbaik Shah Alam


                                     
  • P108 Shah Alam merupakan kawasan pengundian pilihan raya bagi peringkat parlimen. P108 Shah Alam disandang oleh saudara Khalid Abdul Samad sejak PRU 12
  • Muzium Sultan Alam Shah atau juga dikenali sebagai Muzium Shah Alam terletak di bandar Shah Alam Selangor, Malaysia. Bangunan muzium ini dibina mengikut
  • Sekolah Menengah Teknik Shah Alam atau nama ringkasnya SM Teknik Shah Alam merupakan sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan yang terletak di Jalan Batu Tiga
  • Stadium Shah Alam merupakan sebuah stadium serbaguna yang terletak di Shah Alam Selangor, Malaysia. Ia merupakan sebahagian daripada Kompleks Sukan Shah Alam
  • Banjir kilat berlaku di Shah Alam pada hari Ahad 26 Februari 2006 berikutan Angin Badai Fenomena alam ini tidak dapat dielakkan kerana hujan lebat luar
  • Shah Alam LKSA, merupakan sebuah lebuh raya di Lembah Klang, Selangor, Malaysia. Ia menghubungkan antara Persimpangan Kemuning Lebuhraya Shah Alam
  • Stesen Komuter Shah Alam merupakan sebuah stesen KTM Komuter di Shah Alam Selangor yang direntasi oleh Laluan Sentul - Pelabuhan Klang. Jika anda melihat
  • Majlis Bandaraya Shah Alam MBSA merupakan kerajaan tempatan yang mentadbir Bandar raya Shah Alam Selangor. Majlis ini berfungsi untuk memberikan
  • Salahuddin Abdul Aziz Shah PSA yang dahulunya dikenali sebagai Politeknik Shah Alam ialah sebuah politeknik Malaysia yang terletak di Shah Alam ibu negeri Selangor
  • Sultan Hishamuddin Alam Shah ibni al - Marhum Sultan Alauddin Sulaiman Shah Jawi: سلطان هشام الدين عالم شاه ابن المرحوم سلطان علاء الدين سليمان شاه hidup
  • Sekolah Kebangsaan Shah Alam atau nama ringkasnya SK Shah Alam merupakan sebuah Sekolah Kebangsaan yang terletak di Jalan Dawai 16 2, Seksyen 16. Pada