ⓘ Hari Alam Sekitar atau dilancarkan oleh Perhimpunan Agung PBB pada tahun 1972. Setiap tahun, hari ini diadakan di bandar yang berlainan dan disambut dengan eksp ..

Kejohanan Futsal AFF 2001

Kejohanan Futsal AFF 2001 merupakan edisi sulung Kejohanan Futsal AFF, ia akan diadakan di Kuala Lumpur, Malaysia dari 7 Jun hingga 9 Jun 2001. Lima pasukan telah mengambil bahagian dalam kejohanan ini. Sejak dari mula perlawanan, Thailand kelihatan baik untuk merangkul gelaran.

Keringat Selebriti

Keringat Selebriti adalah merupakan sebuah program temu bual bicara yang dihoskan oleh Adibah Noor pada musim pertama dan Rosyam Nor pada musim kedua. Program ini akan menjemput seorang selebriti setiap episod bagi menceritakan pengalaman pahit manis mereka sepanjang bergelar selebriti tanah air. Program ini mula bersiaran pada 7 Ogos 2020 pada setiap hari Jumaat, jam 8 malam di saluran Astro, Awesome TV.

Konsert Canggung M. Nasir

Konsert Canggung M. Nasir ialah konsert solo oleh penyanyi dan penulis lagu Malaysia, M. Nasir. Diadakan pada 29 Julai 1994 di Stadium Negara, Kuala Lumpur, konsert ini diadakan bagi mempromosikan album keempat beliau, Canggung Mendonan yang dikeluarkan pada 1993. Lagu-lagu yang dipersembahkan termasuk lagu dari album Canggung Mendonan serta lagu dari album-albumnya yang lain.

God of Gamblers

God of Gamblers adalah sebuah filem aksi komedi yang ditulis dan diarahkan oleh Wong Jing. Dibintangi oleh Chow Yun-fat dan Andy Lau sebagai watak utama.

Sharlinie Mohd Nashar

Sharlinie Mohd Nashar ialah seorang kanak-kanak mangsa penculikan Malaysia yang kesnya mendapat perhatian media seluruh negara. Pada 9 Januari 2008, pada usia 5 tahun, beliau dilaporkan hilang selepas bermain di taman permainan bersama seorang kakaknya yang berusia 8 tahun. Mayat Sharlinie bagaimanapun tidak pernah dijumpai, malah tidak pernah dibuktikan telah meninggal dunia. Kehilangan misterinya berlaku tidak lama selepas insiden serupa yang menimpa Nurin Jazlin Jazimin pada 2007.

Tanya Sama Itu Hud Hud

"Tanya Sama Itu Hud Hud" ialah lagu yang dirakamkan dan dipersembahkan oleh penyanyi dan penulis lagu Malaysia, M. Nasir, dikeluarkan pada 1994 sebagai single keduanya untuk album studio keempat beliau, Canggung Mendonan. Lagu ini berjaya menjadi juara keseluruhan di Anugerah Juara Lagu ke-9.

Konsert M. Nasir Satu Hikayat – 40 Tahun Perjalanan

Konsert M. Nasir Satu Hikayat – 40 Tahun Perjalanan ialah konsert solo berskala besar oleh M. Nasir, dianjurkan oleh Shiraz Projects. Konsert ini berlangsung selama dua hari pada 23 dan 24 November 2019 di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur yang mana M. Nasir akan mempersembahkan 20 lagu dari album-albumnya secara langsung. Konsert ini diadakan sempena meraikan ulang tahun ke-40 kerjaya muzik beliau. Sebuah album kompilasi iringan juga telah diterbitkan bagi mempromosikan konsert ini. Ini menjadi konsert solo pertama beliau dalam tempoh 5 tahun sejak Konsert M. Nasir. Kembara.

Mustika (lagu)

"Mustika" ialah lagu yang dirakamkan dan dipersembahkan oleh penyanyi dan penulis lagu Malaysia, M. Nasir, dikeluarkan pada November 1989 sebagai single kelimanya untuk album studio kedua beliau, S.O.L.O. Ia dicipta dan ditulis sendiri oleh beliau yang turut berkhidmat sebagai penerbit.

Kamilah Bintang

Kamilah Bintang adalah merupakan sebuah program realiti TV pencarian bakat nyanyian remaja bagi mencari pelapis baharu kepada penyanyi yang sedia ada masa kini. Disiarkan setiap hari Jumaat, pada jam 5:30 petang bermula pada 19 November 2010 di Astro Ceria.

Lorryia formosa

Lorryia formosa, biasanya dikenal sebagai hama kuning atau hama kuning sitrus, adalah spesies hama acariform. Mereka berada dalam keluarga Tydeidae. Biasa dijumpai di dedaunan pokok sitrus di seluruh dunia, Lorryia formosa juga bergaul dengan pelbagai jenis tanaman lain. Kitaran hidup merangkumi enam peringkat perkembangan yang berbeza, dan jangka hayat rata-rata sekitar 37 hari. Betina dalam spesies ini menggunakan bentuk pembiakan aseksual di mana pertumbuhan dan perkembangan embrio berlaku tanpa persenyawaan oleh jantan, proses yang disebut thelytoky.

                                     

ⓘ Hari Alam Sekitar

Hari Alam Sekitar atau) dilancarkan oleh Perhimpunan Agung PBB pada tahun 1972. Setiap tahun, hari ini diadakan di bandar yang berlainan dan disambut dengan eksposisi antarabangsa pada minggu 5 Jun. Program Persekitaran PBB, juga ditubuhkan pada 1972, menggunakan HAS untuk membangkitkan kesedaran mengenai alam sekitar dan menarik perhatian politik dan tindakan awam.

                                     

1. HAS 2007

Tajuk Hari Alam Sekitar 2007 ialah "Ais yang mencair - topik hangat?" Melting Ice – a Hot Topic?. Semasa Hari Kutub Antarabangsa, HAS 2007 menumpu pada kesan-kesan perubahan iklim pada ekosistem dan komuniti kutub, pada kawasan lain yang juga dilitupi ais dan salji, dan kesannya kepada dunia.

Sambutan antarabangsa utama diadakan di bandar Tromso, Norway, sebuah bandar di utara Garisan Artik yang menggelar dirinya "Pintu Masuk ke Artik" The Gateway to the Arctic.

                                     

2. HAS 2006

Tema untuk WED 2006 ialah "Gurun dan Penggurunan" Desert and Desertification. Slogan untuk HAS 2006 ialah "Jangan menggurunkan tanah kering" Dont desert drylands.

Slogan ini menitikberatkan kepentingan melindungi tanah kering, yang melitupi lebih daripada 40% permukaan bumi. Ekosistem ini merupakan tempat tinggal satu pertiga manusia di dunia ini yang merupakan ahli yang terdedah kepada sistem pengurunan. Sambutan utama diadakan di Algeria.

                                     

3. WED 2005

Daripada laman web rasmi:

Kini, kebanyakan manusia di dunia ini tinggal di bandar. Untuk menghargai saat bersejarah ini, Datuk Bandar Gavin Newsom telah menjemput datuk-datuk bandar dari seluruh dunia ke San Francisco untuk Hari Alam Sekitar PBB untuk mara bersama ke arah masa depan bandar dapat dikekalkan. Para datuk bandar sedang bergabung sebagai ejen-ejen perubahan yang paling berkuasa dan boleh diselaras. Mereka mampu menangani isu-isu alam sekitar dengan cepat dan secara unik bertanggung jawab kepada penduduk mereka. Kuasa pembelian mereka yang besar membentuk pasaran dan menjadikan persekitaran boleh dikekalkan satu daripada pertimbangan pengilangan. Mereka menangani isu persekitaran sejagat yang paling mencabar dan penyelesaian visi mereka memberikan inspirasi dan sebagai model kepada kesemua sektor masyarakat.
                                     

4. Tema terdahulu

  • 1974 - Cuma Satu Bumi
  • 1976 - Air: Sumber Penting untuk Kehidupan
  • 1989 - Pemanasan Sejagat; Pemanasan Sejagat
  • 1975 - Petempatan Manusia
  • 1979 - Cuma Satu Masa Depan untuk Anak Kita - Pembangunan Tanpa Pemusnahan
  • 1977 - Kebimbangan Persekitaran Lapisan Ozon; Kehilangan Daratan dan Penyahgredan Tanah
  • 1992 - Hanya Satu Bumi, Pelihara dan Kongsi
  • 1982 - Sepuluh Tahun Selepas Stockholm Pembaharuan Kebimbangan Persekitaran
  • 2003 – Air – Dua Bilion Orang sedang Mati untuknya!
  • 1997 - Untuk Hidupan di Bumi
  • 1991 - Perubahan Iklim. Keperluan Perkongsian Sejagat
  • 2000 - Milenium Alam Sekitar - Masa untuk Bertindak
  • 1999 - Bumi Kita - Masa Depan Kita - Terus Selamatkannya!
  • 1998 - Untuk Hidupan di Bumi - Selamatkan Laut Kita
  • 1980 - Cabaran Baru untuk Dekad Baru: Pembangunan Tanpa Pemusnahan
  • 2006 - Gurun dan Penggurunan
  • 1978 - Pembangunan Tanpa Pemusnahan
  • 1994 - Satu Bumi Satu Keluarga
  • 2004 – Dikehendaki! Laut dan Lautan – Mati atau Hidup?
  • 1984 - Penggurunan Desertification
  • 1981 - Air Tanah; Bahan Kimia Toksik dalam Rantai Makanan Manusia
  • 1995 - Kita Manusia: Bersatu untuk Persekitaran Sejagat
  • 1993 - Kemiskinan dan Alam Sekitar - Memutuskan Kitaran Kejam
  • 1988 - Apabila Manusia Mementingkan Persekitaran, Pembangunan akan Berkekalan
  • 1986 - Pokok Untuk Kedamaian
  • 1990 - Kanak-Kanak dan Alam Sekitar
  • 2002 - Bagi Bumi Satu Peluang
  • 1983 - Mengurus dan Melupuskan Buangan Merbahaya: Hujan Asid dan Tenaga
  • 1996 - Bumi Kita, Habitat Kita, Rumah Kita
  • 1987 - Persekitaran dan Tempat Berlindung: Lebih Dari Sekadar Atap
  • 2001 - Berhubung dengan World Wide Web Kehidupan
  • 1985 - Pemuda: Populasi dan Persekitaran
  • 2005 – Bandar Hijau – Merancang untuk Planet ini!


                                     

5. Pautan luar

  • UNEP, About World Environment Day 2007
  • UNEP, World Environment Day 2006
  • UNEP, About World Environment Day 2005
  • Previous themes of World Environment Day
  • News & Events - UN Days, Weeks and Years
  • World Environment Day 2005 host city site
                                     
  • selatan. Hari ini diadakan untuk meningkatkan kesedaran dan penghargaan kepada alam sekitar Pertubuhan Bangsa - Bangsa Bersatu juga meraikan Hari Bumi, yang
  • menuju ke alam akhirat. Siapa selamat di situ, maka alam - alam selepas itu lagi senang buatnya. Siapa dalam kubur tidak selamat, maka alam - alam lain akan
  • menjadi simbol Jepun oleh perlembagaan baru negara. Minggu Emas Jepun Hari Alam Sekitar Golden Week Japan - guide.com. 2009 - 05 - 13. Dicapai pada 2010 - 02 - 05
  • beberapa projek perumahan dan sub - bandar di sekitar Shah Alam Bunga rasminya ialah bunga Anggerik Renantanda Shah Alam dan burung rasminya pula ialah burung
  • Hari Kiamat merupakan hari yang digambarkan sebagai musnahnya seluruh alam dan bumi dan kebangkitan semula. Kiamat berasal dari perkataan bahasa Arab iaitu
  • ialah hari yang terpilih di beberapa alam Komanwel iaitu hari keputeraan raja pemerintah diraikan secara rasminya di negera - negara berikut. Hari berkenaan
  • memperingati hari negara berkenaan menjadi republik termasuk negara - negara bekas alam Komanwel, di mana ratu Britain menjadi ketua negara sehingga berubahnya status
  • bersepadu seluas 240 ekar Alam Nusantara oleh PKNS dan Anjung Sari oleh Sazean Group. Tanah Alam Nusantara dan Anjung Sari sekitar 600 ekar dijual oleh
  • Sultan Hishamuddin Alam Shah ibni al - Marhum Sultan Alauddin Sulaiman Shah Jawi: سلطان هشام الدين عالم شاه ابن المرحوم سلطان علاء الدين سليمان شاه hidup
  • selepas Hari Raya Aidilfitri dan mengambil masa seminggu untuk disiapkan. Hampir 96 peratus babak melibatkan kawasan Puncak Alam Jalan Puncak Alam dikeluarkan
  • Pendidikan Alam Sekitar Bahasa Inggeris: Environmental education atau dipendekkan dengan EE sahaja, Bahasa Indonesia: Pendidikan Lingkungan Hidup merujukkan